"Ini Drama Bollywood 3 In 1,"- Nynaa Harizal Tak Jadi Cerai, Kembali Taat Suami

"Ini Drama Bollywood 3 In 1,"- Nynaa Harizal Tak Jadi Cerai, Kembali Taat Suami
Share
Kemelut rumah tangga yang berlaku antara Nynaa Harizal dan suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas sampai ke penghujung akhirnya.

Pasangan tersebut hadir menaiki kenderaan yang sama ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi pada Rabu bagi sebutan kes tuntutan nusyuz yang difailkan suaminya 12 November lalu.

Peguam yang mewakili Fahmi, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menyatakan hubungan berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz.

"Hari ini di hadapan hakim Muhammad Yusof Sulaiman kita berjaya merekodkan penyelesaian atau perintah persetujuan antara kedua belah pihak.

"Antara terma-termanya akan diberitahu melalui sidang media akan datang dan salah satu daripadanya adalah kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berbaik semula.

"Jadi tiada isu lagi, tiada isu nusyuz dan semuanya kembali taat dan seperti dapat dilihat pasangan ini hadir secara baik dan bersama.

"Alhamdulillah rumah tangga mereka dapat dipelihara dengan izin Allah," ujarnya kepada mStar

Fahmi kata tak lama lagi dia akan menjelaskan apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka secara terperinci kepada media tak lama lagi.

"Apa yang penguam saya cakap adalah benar, kami akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat.

"Kami akan jelaskan segalanya tentang situasi kami, kalau kamu minat drama Bollywood... ini adalah drama Bollywood 3 in 1.

"Dekat sidang media nanti anda boleh tanya semua soalan yang ingin diajukan sebab mahkamah dah bagi perintah, kertas kerja akan siap petang ini atau esok."

Syukur, semoga yang baik-baik sahaja selepas ini. Tak sabar nak tahu kisah sebenar di sebalik drama culik-menculik sebelum ini. Tak gitu?-CARI

Kredit (saiful cari)

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel