Neelofa Dan PU Riz Dilepas Tanpa Bebas

Neelofa Dan PU Riz Dilepas Tanpa Bebas
Share
Neelofa dan suaminya, Haris Ismail dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu.

Ia berkaitan pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai permaidani di Nilai, Mei lepas.

Menurut mStar Online,Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas mengambil kira hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Tarikh 21 Disember ditetapkan bagi perintah pelepasan dan pembebasan (DNA).

Sebelum ini pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal melakukan imbasan MySejahtera atau mendaftar maklumat secara manual sebelum memasuki sebuah kedai karpet yang terletak di Kawasan Perindustrian Nilai 3 pada pukul 4 petang 2 Mei semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dikuatkuasakan.

Muhammad Haris juga mengaku diadili atas tuduhan lain kerana tidak memakai topeng muka di tempat awam di tempat dan waktu yang sama.

Mereka didakwa berdasarkan Peraturan 19 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (perintah pergerakan bersyarat) 2021, yang memperuntukkan denda tidak lebih dari RM50,000, hukuman penjara tidak lebih dari enam bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Kredit: CARI, Hmetro

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel