Iqbal bawa diri berhijrah ke Indonesia nak sembuhkan luka di hati

Iqbal bawa diri berhijrah ke Indonesia nak sembuhkan luka di hati
Share
Nama Ahmad Iqbal Zulkefli rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi susulan beberapa kontroversi yang tidak sudah-sudah berkaitan dirinya sejak kebelakangan ini.

Selepas isu tidak jadi kahwin dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, Iqbal sering menjadi perhatian media dengan pelbagai lagi kisah kontroversi.

Beliau akui menerima banyak kecaman daripada netizen sehingga berasa begitu kecewa dengan segala tohmahan terhadapnya.

Jadi, menerusi perkongsian di akuan TikTok pemuda berusia 27 tahun, dia telah membawa bagasi besar dan mengatakan akan ke Indoensia untuk urusan kerja sekali gus ingin berhijrah ke sana.

Dalam kapyen yang ditulis dalam video tersebut, Iqbal telah mengucapkan selamat tinggal kepada Malaysia dan akan mula tinggal di negara seberang.

“Selamat tinggal Malaysia. Bermula hari ini, saya akan tinggal di Indonesia. Memang atas urusan kerja, namun saya harus bawa diri. Saya pamit,” tulisnya.
Tak hanya itu, pemuda tersebut juga sempat ‘berterima kasih’ kepada mereka yang telah menyakitinya dan menghargai mereka yang sentiasa menitipkan doa agat dia terus kuat.

Iqbal berharap agar dapat menemui kebahagian di Indonesia dan bertemu jodoh dengan orang yang tepat.

“Terima kasih kepada semua yang menyakiti saya. Terima kasih kepada yang masih sudi mendoakan. Berharap di Indonesia saya bisa bahagia dan bertemu dengan orang yang menyembuhkan luka.”

“Salam hormat untuk rumah baruku Indonesia. Jika ada sesuatu doa, pesanan atau apa sahaja, silakan tinggal di sini, saya akan baca dengan sepenuh hati,” ujarnya.

Disebabkan pelbagai kontroversi tersebut, dia teruk dihentam netizen yang sudah muak mendengar kisah-kisah berkenaan hidupnya yang penuh dengan cerita setiap hari.

Sumber: TikTok ahmadiqbalzulkefli, Instagram ahmadiqbalzulkefli
Kredit: ohmymedia

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel