“Kesian orang single…”, Lelaki Kaya Kahwini 8 Wanita Secara Serentak Di Indonesia Jadi Bualan Media
Saturday, November 27, 2021
Sering kali kita mendengar berita berkenaan kaum lelaki yang memiliki lebih daripada seorang isteri. Dalam bahasa mudahnya, poligami bukanlah sesuatu yang pelik dalam masyarakat kita.
Baru-baru ini, seorang lelaki menjadi bualan warganet apabila beliau berkahwin dengan lapan wanita secara serentak di satu lokasi yang tidak didedahkan di Indonesia.
Video perkahwinan lelaki ini bersama pasangannya tular selepas sebuah akaun memuat naik video tersebut di Instagram. Difahamkan juga, lelaki ini ialah seorang yang kaya raya.
“Lelaki kaya ini berkahwin dengan lapan orang wanita,” berikut adalah keterangan yang ditulis pada klip video tersebut.
Tidak seperti lelaki lain yang mengamalkan poligami, lelaki di dalam klip video itu mengadakan majlis perkahwinan bersama kelapan-lapan pasangan beliau secara serentak dalam satu majlis.
Menerusi video itu, dapat dilihat lelaki tersebut dan lapan pengantin wanita yang lain gembira dengan ukiran senyuman jelas kelihatan pada wajah mereka semasa hari bahagia itu.
“Kasihan kepada mereka yang masih bujang, jodohnya sudah diambil orang”, komen seorang warganet secara berseloroh.
Bagaimanapun, identiti lelaki tersebut dan lokasi perkahwinan masih lagi tidak dapat dikenal pasti sehingga ke hari ini.
Sumber: Suara.com