Lara Alana Berpakaian Menyambut Perayaan Budaya Barat, Pu Syed Jawab Segala Persoalan Netizen Tentang Hukumnya
Friday, November 5, 2021

Menerusi halaman Instagram Lara, anak sulong pasangan selebriti terkenal tanah air, Awal Ashaari dan Scha Al-yahya berkongsi foto foto berpakaian seperti menyambut perayaan yang difahamkan budaya barat atau dikenali sebagai ‘Halloween’.
Sebelum ini, pencetus ummah, PU Syed telah berkongsi dengan masyarakat mengenai hukum menyambut perayaan yang dikenali sebagai ‘Halloween’.
“hukum menyambut Halloween atau berpakaian dan sebagainya bagi umat Islam adalah haram kerana terdapat unsur-unsur tasyabbuh yang tidak dibenarkan di dalam Islam.
Mudah-mudahan, dengan pencerahan ini dapat memberikan faedah dan manfaat dalam beragama dan diharapkan anak-anak muda kita dapat menghindarkan diri dari terjebak ke dalam kancah maksiat ini. Wallahu a’lam.”
Menerusi komen pada foto yang dikongsi dalam halaman IG Lara, ada yang meninggalkan komen yang ditujukan pada Awal agar memberi tunjuk ajar pada anak nya agar tidak menyambut perayaan tersebut.