(Video) “Kaji lah betul-betul” Gadis Akui Tahu Kisah Sebenar Sebalik Isu Zulfarhan
Thursday, November 4, 2021

“YTJT, Yang tahu je tahu”. Itulah antara tweet yang ditulis oleh gadis berkenaan selain menggambarkan seolah-olah Allahyarham Zulfarhan ada melakukan sesuatu sehingga rakan seangkatan lain berani bertindak di luar batasan akal. Oleh kerana profile Intagram pelaku tertera nama Nejeha, netizen percaya bahawa tindakan backup seperti itu berkait dengan faktor bahawa dia adalah teman wanita kepada Afif Najmudin.
Kalau pun benar Allahyarham ada membuat masalah lain, netizen menegaskan itu bukanlah ‘tiket’ untuk menyiksa apalagi sehingga menyebabkan kematian. Menyifatkan ramai yang sudah salah faham, Najiha pada semalam sempat live bersama kakaknya lalu membuat penafian. Dia bukanlah ‘awek’ kepada pelaku dan nama yang sama di Instagram itu cumalah satu kebetulan.
Gadis ini juga mendakwa dirinya tahu kisah sebenar di sebalik kejadian sadis di UPNM itu, namun enggan mendedahkannya agar isu tidak menjadi lebih panjang. Berkenaan tweet Twitter pula, dia mengakui tidak berfikir panjang sebelum memuat naik hal terbabit.
Sumber: Kisah Dunia