“Nak Cakap Pun Susah” - Didie Astillah Tutup Muka, Pakai Rambut Palsu Nak Bagi Sama Zizi Kirana

“Nak Cakap Pun Susah” - Didie Astillah Tutup Muka, Pakai Rambut Palsu Nak Bagi Sama Zizi Kirana
Share

Didi Astillah mengaku ianya bukan mudah untuk ganti tempat Zizi Kirana membawakan watak ketua mafia dalam drama Jamu Nesan.

Antaranya dia terpaksa memakai pelitup muka sepanjang penggambaran.

Dia juga terpaksa memakai rambut palsu bagi kelihatan sama seperti rambut Zizi.

"Masa saya dapat tawaran itu, saya terfikir juga macam mana nak buat. Sebab Zizi dah lakukan separuh dan saya perlu sambung. Tapi bila saya duduk berbincang dengan Datuk Rafiena dan dia pun explain, barulah saya faham.

Baca Juga

"Sebabkan Zizi dah buat separuh, jadi watak saya terpaksa la setiap masa kena pakai face mask. Bayangkan ada satu babak kena shooting tengah panas dan saya kena pakai face mask penuh.

“Nak bercakap pun susah... kena sebut perkataan itu dengan sangat jelas. Selain itu, saya dengan Zizi pun ada perbezaan rambut. Jadi bila ada babak yang kena lepaskan rambut, saya terpaksa pakai rambut palsu," katanya kepada mStar.

Dalam masa yang sama Didi teruja kerana diberikan peluang menjayakan watak tersebut.
"Ini kali pertama saya membawa watak sebagai ketua mafia. Sebelum ini, saya hanya dapat watak yang selamat sahaja, watak seorang wanita yang lembut. Tapi kali ini memang berbeza sangat dan saya suka dengan watak itu.

"Hari pertama penggambaran memang agak sukar juga tapi Datuk Rafiena banyak membantu macam mana nak bawa karekter saya.

close
"Sampai sekarang saya jadi terbawa-bawa watak itu ke rumah. Saya terikut cara bercakap dan cara duduk. Alhamdulillah, saya bersyukur diberi peluang untuk bawa watak ini." 

Sumber: CARI

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel