Rossa Sera Dedah Terima Mesej Jiran Tak Tahan Dengar Skandal Shuk Terjerit-Jerit Di Rumah

Rossa Sera Dedah Terima Mesej Jiran Tak Tahan Dengar Skandal Shuk Terjerit-Jerit Di Rumah
Share

Nampaknya drama rumah tangga pelawak Shuk Sahar masih tiada kesudahan lagi apabila isterinya, Rossa Sera mendedahkan suaminya itu didakwa curang lagi.

Jika sebelum ini Sera memuat naik mesej di Instagram diterima daripada netizen yang mendakwa terlihat Shuk bersama kekasih gelapnya, kali ini dia menerima mesej didakwa daripada jiran skandal Shuk.

Menerusi mesej yang diterima dari jiran-jiran skandal suaminya yang mendakwa wanita itu menjerit-jerit seakan bergaduh sehingga didengari penghuni yang berada satu aras dengan rumahnya.
Malah, ada individu mendakwa jiran skandal Shuk tertekan mendengar wanita itu terjerit-jerit mengamuk tidak tentu masa. Dakwanya lagi, dia turut mendengar wanita itu menjerut nama Shuk dan Sera.

Baca Juga

Lebih parah, jiran mendakwa skandal Shuk membuat bising sehingga pengawal keselamatan terpaksa naik ke tingkat atas.

Dalam satu perkongsian lain, seorang individu memaklumkan teman wanita pelawak itu sudah berani menukar profil gambar berdua walaupun selebriti masih bergelar suami orang.

Sejak minggu lalu, Shuk masih mendiamkan diri berikutan pendedahan isterinya apabila ada individu mendakwa ternampak pelawak itu dengan skandalnya.

Terdahulu, Sera mendedahkan sudah sebulan dia tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan dalam proses untuk menfailkan cerai.

Sumber: ohmymedia, rotikaya

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel