“Orang kaya ada standard” – Tokti Pakai Jam Tangan Bernilai RM1 Juta Jadi Bualan Netizen

“Orang kaya ada standard” – Tokti Pakai Jam Tangan Bernilai RM1 Juta Jadi Bualan Netizen
Share

Sikap merendah diri dan mempunyai peribadi yang baik membuatkan penyanyi kesayangan negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti ini sering mendapat pujian daripada peminat dan netizen ramai.

Baru-baru ini, tular di TikTok video yang dimuat naik @tarmizie_official yang memaparkan penyanyi ini memakai seutas jam yang didakwa jenama Richard Mille bernilai RM1,100,00.

Jam itu dilihat dipakai Tokti ketika menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (KLFW 2021) semasa penyanyi tersebut sedang melihat pertunjukkan fesyen dari pereka Rizman Ruzaini.
Gelagat Tokti dalam video tersebut yang dilihat memakai jam itu telah menerima pujian netizen yang menganggap beliau sebagai ‘orang kaya ada class’ dan ‘standard’ kerana jarang mempamerkan kemewahan.

Baca Juga

Malah ramai juga membandingkan Tokti dengan Iqbal yang dilihat sering menunjuk-nunjuk tentang kemewahannya dan meminta bekas pembantu peribadi Dato’ Vida itu belajar dengan penyanyi ini. 

Seakan-akan tahu dirinya disebut-sebut di bahagian komen video tersebut, Iqbal tampil meninggalkan komen mengatakan bahawa jenama Richard Mille itu juga jenama jam kegemarannya.
Sumber penulisan Lobak Merah

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel