"Bila Tengah Sakit, Tahu Pula Nak Minta Doa,"- Rita Rudaini Perli Siapa? Lalat Pun Kena
Monday, November 8, 2021

Sebelum ini pula Rita geram dengan rider sebab tumpahkan air depan rumahnya.
Namun ciapan artis ini seakan-akan memerli seseorang.
"Kecam orang yang belum vaksin, pandang orang yang belum divaksin ni macam sampah dan penjenayah. Kalau boleh taknak lah berkongsi oksigen dengan orang-orang tak vaksin ni," luahnya melalui Insta Story.
“Bila tengah sakit, tahu pula nak minta doa orang ramai ..Dah lupa sebelum ni menghiris hati orang-orang lain, kawan-kawan lain."
Sementara itu dalam Insta Story lain Rita kata apa yang dikongsikan berlaku dalam kehidupannya.
"Aku kongsi informasi aku sahaja. Aku nak melalak, mengaum, mengembek ke, aku tak pergi melewaq (merayau) rumah orang.
"Jadi, siapa yang banyak masa? Ludah atas muka sendiri nampak. Lalat kacuk."
"Lalat-lalat kacuk yang tak boleh terima kebenaran, beginilah. Oh silap, sebelum ini lalat-lalat berzikir dan bermunajatlah, bukan mengecam."
Sumber: Forum CARI