“Rasa nak lempaq fon” – Asyik Menyendiri, Ibu Terkejut Anak Obses Tengok YouTuber Buat Konten ‘Tak Senonoh’
Sunday, November 7, 2021

Tak macam dulu, zaman sekarang kanak-kanak lebih banyak meluangkan masa dengan gajet malah ketika pandemik ini, pembelajaran pun lebih banyak dibuat di dalam talian je.
Disebabkan ini juga, kebanyakan content di media sosial ditonton oleh kanak-kanak dan remaja yang berusia 17 tahun dan ke bawah.
Kadang-kadang tu, walaupun ibu bapa dah cuba pantau atau limitkan konten yang boleh ditonton oleh anak-anak, akan ada je cara dorang untuk akses benda yang tak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak bawah umur.
Baru-baru ini, posting seorang ibu telah viral di media sosial meluahkan rasa marahnya dengan satu channel di YouTube yang dikatakan selalu membuat konten yang tidak elok ditonton oleh budak bawah umur. Padahal kebanyakan viewers memang budak bawah umur.
Menurut ibu ini, dia mendapat tahu anaknya menonton konten yang tak sepatutnya ini bila dia perhatikan sejak kebelakangan ini anaknya suka menyendiri dan selalu tidur lewat.
Bila tegur dia merajuk dan tantrum lain macam. Rupanya ada group WhatsApp dari fan fanatik YouTubers ni!
“Selidik punya selidik baru tahu kewujudan channel, content youtubers ni. Bila ditonton memang merosakkan akhlak yang tidak sesuai ditonton anak-anak bawah 17 tahun. Content ‘prank’ yang menjahanamkan. Geram sangat!”
Tambah wanita ini lagi, kebanyakan penonton di channel ini adalah kanak-kanak dan remaja bawah 15 tahun dan anaknya yang berumur 10 tahun adalah salah seorang yang terpengaruh.
“Kononnya kalau buat salah itu adalah prank. Buat lawak bunuh diri dalam group juga prank. Saya tak boleh terima! Saya tak tahu macam mana anak boleh termakan dengan content mereka ni.”
Tak cukup dengan itu, peminat-peminat YouTubers ini juga turut membuat grup WhatsApp dan bersembang sehingga pukul 2-3 pagi bercerita mengenai awek dan pakwe.
“Bahasa pun mostly biadap. Dah left group tetap add balik. Dah warning dalam group, group baru pulak muncul. Terpaksa gertak police report. Terpaksa kuarantin anak dari fon for few days.”
Perkara ini turut diiyakan oleh netizen lain. Ada yang sampai nak buang telefon kerana tak sanggup tengok konten yang melampau dari channel itu.
Sumber: LobakMerah