Akibat Terlalu Rindu Isteri, Shuib Jalani Pemeriksaan Mental Setiap Minggu
Sunday, November 7, 2021

Nak masuk 3 bulan pemergian Allahyarhamah Siti Sarah, pelawak, pelakon Shuib Sepahtu mengakui masih belum dapat terima sepenuhnya di atas pemergian isteri tercinta.
Sebelum ini Shuib yang sentiasa diurus arwah Siti Sarah seolah-olah sudah rasa hidup ini kosong, tidak punya apa-apa kerana insan tercinta sudah tiada. Tapi dia tetap bersyukur kerana emosi anak-anak masih terkawal.
“Saya akui kesukaran yang saya hadapi sepanjang bergelar bapa tunggal ini adalah emosi. Saya rasa itu yang paling susah untuk saya. Saya tengok anak-anak saya, Alhamdulillah emosi mereka terkawal tapi saya berbeza sebab saya buat hampir semua benda dengan Sarah.
“Jadi bila dia tiada, saya tak rasa hilang separuh, sebaliknya hilang hampir semua. Maksudnya, dari segi kerjaya dan juga perniagaan sebab kami selalu kongsi banyak perkara.
Shuib juga menyatakan dia risau tentang keadaan mental dia sebab itulah dia berjumpa dengan doktor setiap minggu untuk periksa kesihatan mentalnya.
"Salah satu perangai pelik saya, saya akan berkongsi masalah saya hanya dengan arwah Siti Sarah sebab setiap isnin dan jumaat saya akan ziarah dia, saya tidak akan kongsi masalah even dengan mak atau mentua saya".
"Disebabkan itu saya setiap hari memeriksa tahap kesihatan mental saya, doktor ini pernah menjaga Sarah dulu".
“Lebih kurang pakar psikiatri, ia juga bagi memastikan kesihatan mental saya. Sebab kesihatan mental ini berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita. Tapi saya bersyukur saya ada keluarga yang sangat baik, yang membantu menjaga anak-anak saya,” katanya.
SUMBER: MSTAR ONLINE