"Aku Makan Sandwich Bacon Dah Diproses, Bukan Daging Babi Mentah" - Noreen

"Aku Makan Sandwich Bacon Dah Diproses, Bukan Daging Babi Mentah" - Noreen
Share
Video terbaru dimuat naik selebriti media sosial dan pelakon Noreen Iman yang termakan sandwich mengandungi pork belly atau perut babi menerima pelbagai respons di kalangan warganet.

Ada yang terhibur dengan nasib Noreen dalam video itu, namun tidak kurang juga mengecam dan memberi sindiran pedas.

Bagaimanapun, bagi menjawab semua tohmahan dilemparkan terhadapnya, Noreen memuat naik beberapa video di Instastory untuk membuktikan dia tidak sengaja menjamah sandwich itu.

"Aku dah tengok video Ustaz Azhar Idrus. Aku makan sandwich bacon, bukan daging babi mentah. Aku makan makanan yang dah diproses.

"Jadi tak perlu samak, hukumnya pun tak bersalah. Tak sengaja, tak tahu dan makanannya pun dah diproses," ujarnya.

Dalam masa sama, Noreen turut memohon maaf sekiranya video itu membuat segelintir pihak kurang senang kerana dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak.

Sumber: CARI forum (lilrose)

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel