"Saya Dah Banyak Nasihat Serina," Chef Wan Tak Nak Terlibat Lagi 'Drama' Anak

"Saya Dah Banyak Nasihat Serina," Chef Wan Tak Nak Terlibat Lagi 'Drama' Anak
Share

Setelah pelbagai kemelut yang dihadapi, kali ini chef selebriti terkenal, Chef Wan menzahirkan rasa syukur melihat anak perempuannya, Serina Redzuawan melalui hidup yang lebih berkualiti.

Chef Wan berkongsi sebagai seorang datuk, dia mahu cucu-cucunya sihat, ceria dan cemerlang dalam pelajaran.

"Saya tidak mahu kerana disebabkan perebutan anak-anak, kebahagiaan mereka terjejas," luahnya di Instagram.

Baca Juga

Sebagai bapa, dia telah menasihati Serina dalam banyak perkara. Dia berharap masing-masing perlu jujur dan muhasabah dengan kesilapan mereka, teruskan hidup dan mengutamakan kebajikan anak-anak.

"Jangan terlalu mendengar nasihat orang. Sebagai ibu bapa, kedua-duanya perlu membuat keputusan," tegasnya lagi.

Sebelum ini, Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila sekadar mengetahui perkhabaran Serina telah berkahwin kali kedua melalui kakaknya. Namun semuanya telah diselesaikan cara baik bersama anak-beranak.
close

Sumber: CARI (ameenarara)

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel