“Ala Avengers ke?” Nora Danish Dikecam Belanja Bentuk Badan
Sunday, December 5, 2021
Meskipun usianya hampir 40 tahun dan bergelar ibu kepada dua cahaya mata, namun pelakon Nora Danish dilihat tetap awet muda apatah lagi memiliki wajah baby face.
Baru-baru ini perkongsian Nora menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya melakukan aktiviti mendaki bukit. Namun apa yang lebih menjadi perhatian pakaian pelakon itu yang dikatakan tidak sesuai.
Seperti sudah dijangka, perkongsian gambar tersebut mengundang kecaman dan teguran ramai. Netizen berkata gambar tersebut kurang manis untuk dikongsikan apatah lagi dengan statusnya sebagai isteri dan ibu.
Malah, ada netizen meninggalkan komen inilah yang dikatakan berpakaian tetapi telanjang. Tidak kurang juga, ada yang mendoakan agar Nora diberikan hidayah supaya lebih menjaga cara pemakaian.
Setakat ini, perkongsian gambar tersebut telah mendapat lebih 61,400 tanda suka dan 744 komen di dalam akaun Instagramnya.
Sumber: Rotikaya