"Bayar Sejuta Pun Tak Nak!" - Ustaz Ad-Dien Dapat Tawaran Berlakon Watak 'Rider'

"Bayar Sejuta Pun Tak Nak!" - Ustaz Ad-Dien Dapat Tawaran Berlakon Watak 'Rider'
Share

Pendakwah popular di media sosial yang dikenali sebagai Ustaz Ad-Dien terkejut apabila diberi tawaran lakonan.

Apa yang menarik perhatian apabila watak yang ditawarkan adalah seorang ustaz penunggang agama.

Bagaimanapun, dia menerusi ciapannya mendakwa tidak akan menerima tawaran berlakon kerana malu beraksi di hadapan lensa kamera.

Baca Juga


"Dah la saya sekian lama debunk mitos and rider agama alih-alih offer watak penunggang agama tak guna. Kasi la watak anak Tok Adi ke, sepupu Ustaz Adam ke," tulisnya.

Bukan apa, dia bimbang watak itu memberi kesan negatif pada imejnya.

"First offer berlakon terus jadi rider, esok terus melekat ustaz rider taguneeee," ujarnya.
close

Walaupun rata-rata terhibur dengan perkongsiannya itu, segelintir warga maya menyarankan agar dia menolak tawaran tersebut.

"Jangan. Menjatuhkan fitnah. Nanti Ustaz keluar hadis, semua kecam sebab terpengaruh dengan drama TV tu," antara komen warganet.

Sumber: FORUM CARI LilRose

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel