Boss Ned Tak Terkesan Dikecam Kerana Mengeluh Mangsa Banjir 'Demanding'

Boss Ned Tak Terkesan Dikecam Kerana Mengeluh Mangsa Banjir 'Demanding'
Share
Baru semalam Mohamad Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Boss Ned dipuji kerana membantu mangsa banjir, pagi ini dia menerima berbakul kecaman daripada netizen selepas mengeluarkan kenyataan mendakwa mangsa 'demand' pelbagai barangan.

"Sangat kecewa. Kami masuk ada yang tak nak dibantu, tapi demand nak selimut, gula dan lain-lain. 

"Sedara, kami datang nak keluarkan orang, bukan jadi GRAB," ciapnya di Twitter.

Keluhannya itu mengundang kecaman daripada warganet yang berpendapat permintaan mangsa adalah keperluan yang munasabah.

Kecewa dengan kenyataan Boss Ned, ramai meminta dia hentikan kerja-kerja sukarelanya itu dan pulang sahaja jika tidak tahan dan memahami situasi mangsa.


Suami kepada aktres jelita Nora Danish itu bagaimanapun mengakui menerusi hantaran di Instastory bahawa dia tidak terkesan dengan segala kecaman netizen.

Malah, bersama kenyataannya itu disertakan sekali beberapa emoji tertawa.
Sumber: CARI (lilrose)

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel