Shila Amzah Dah Fail Cerai, Suami Tak Nak Keluar Rumah
Tuesday, December 21, 2021

Shila memaklumkan perkara tersebut melalui Instagramnya dan difahamkan sudah dua bulan dia bersama anak tinggal di rumah ibu bapanya.
Bagaimanapun dia sekeluarga kini menumpang di rumah makcik selepas rumah ibu bapanya di Langat dinaiki air banjir.
Tambahnya, proses penceraian masih dalam proses disebabkan pihak lelaki seolah-olah mahu memanjangkan perkara tersebut.
“Sha dah file cerai ..but unfortunately still on going process sebab dia decide nak prolong benda ni..Cuma bila dah jadi macamni, sha dah tak boleh nak sabar lagi sebab Sha pun trying my hardest to survive and jaga hati dan nama baik semua orang.
“Sekarang bila tengok rumah di Langat dah jadi macam ni.. rasa sedih sangat, sebelum ni tumpang berteduh kat rumah mak abah..tapi sekarang kita semua pula hilang tempat berteduh ,sekarang kita semua tumpang rumah Aunty sha. Sha ada rumah kat Cyberjaya pun tak selesa nak balik sebab si dia masih berada di rumah sha,” tulisnya.
Shila berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais, 2 tahun.
Sumber: CARI
Original author: Oleh: Saiful