Diberi Hadiah Kereta Perodua Aruz, Guru Terkedu Pelajar Sanggup Berhabis Puluhan Ribu Deminya
Tuesday, December 14, 2021

Baru-baru ni tersebar gambar menunjukkan seorang guru telah menerima hadiah sebuah kereta Perodua Aruz dalam majlis persaraannya.
Guru yang dikenali sebagai Ahmad Bidin, 58 tahun bakal menyambut hari lahirnya pada 16 Disember ini dan telah menerima hadiah paling tidak disangka-sangka dari bekas pelajarnya.
Cikgu Ahmad Bidin mengajar subjek matematik dan matematik tambahan di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dan terbukti amat disayangi anak muridnya. Kegembiraan ini dikongsikan seorang pengguna Twitter @yaye_zaini yang merupakan bekas pelajar guru terbabit. Dia turut menyatakan para pelajar dari tahun 1980 sehingga 2021 telah membuat kutipan khas untuk membeli Perodua Aruz itu secara tunai.
Berdasarkan Yaye, nombor pendaftaran kereta turut dipilih khas iaitu AMD (Ahmad), 85 (mula mengajar tahun 1985) dan 21 (bersara tahun 2021). Ini bermakna cikgu Ahmad telah mengajar di TKC selamat 35 tahun.
“Tidak terkata saya dibuatnya, namun saya ucapkan terima kasih kerana menghargai usaha saya.”
Bekas pelajar TKC memberikan sumbangan hadiah Perodua Aruz kepada Cikgu Ahmad sempena persaraan beliau.
— Twt_Bajet (@twt_bajet) December 13, 2021
Jasa seorang guru tidak terkira nilainya pic.twitter.com/F59Fvi9ppU
Memetik laporan Utusan Malaysia, majlis persaraannya tidak dapat dilakukan di sekolah kerana perlu mematuhi SOP. Sebab itu ia terpaksa dilakukan di hotel yang dihadiri bekas guru, ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan bekas pelajar.
Kredit: Beautifulnara