Perkembangan Terbaru Isu Saman Fitnah Siti Nordiana
Tuesday, December 14, 2021

Sebelum ini, peguam Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli memohon penangguhan kerana salah seorang kakitangan firma guaman itu positif Covid 19.
Mahkamah menangguhkan perbicaraan yang patut berlangsung pada 25 November lepas selepas membenarkan permohonan peguambela yang mewakili defendan keempat, Sam Musyadzafar Samin, 43 dan defendan keempat, Razidah Ahmad Senusi, 42.
"Pada hari kedua perbicaraan nanti, pihak pembelaan akan menyambung pemeriksaan balas ke atas Siti Nordiana," kata Nurul Hafidzah.
Asalnya perbicaraan tersebut dibuat menggunakan alikasi Zoom namun ditukar kepada pendengaran fizikal oleh mahkamah atas permohonan peguambela Sam Musyadzafar dan Razidah.
Masih konsisten, pihak pembelaan menafikan dan terus menolak anak-anak guamnya menfitnah.
Perbicaraan pada 17 Disember ini akan berlangsung pada 2.30 petang di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Sumber: CARI