Innalillah. Tak Sempat Solat Jumaat Di Masjid, Warga Emas Maut Ditikam
Saturday, December 11, 2021

Dalam kejadian jam 12.38 tengah hari jumaat, mangsa, berusia 69 tahun ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan rumahnya di Kampung Idaman di sini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kedua-dua suspek yang menikam mangsa berumur 33 tahun bagaimanapun berjaya diberkas di dua lokasi berasingan sekitar Klang dan Shah Alam.
"Susulan penangkapan kedua-dua suspek itu, kes bunuh berkenaan berjaya diselesaikan hanya dalam masa kira-kira empat jam.
"Siasatan mendapati, suspek utama dalam kes ini mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan satu rekod jenayah dan dua rekod dadah.
Beliau berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan berhubung kejadian tikam membabitkan mangsa warga emas terbabit.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang berada di lokasi kejadian.
"Berdasarkan maklumat awal, mangsa secara tiba-tiba ditikam seorang lelaki yang berlari dan meluru ke arah mangsa menyebabkan mangsa rebah.
"Siasatan juga mendapati suspek mengenali mangsa terbabit. Siasatan diteruskan untuk mengenalpasti motif kejadian," katanya.
Beliau berkata, permohonan reman terhadap kedua-dua tangkapan akan dilakukan di Mahkamah Klang.
Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki warga emas tidak sempat ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat apabila ditikam lelaki dikenali secara tiba-tiba.
Sumber Harian Metro