'Kami Naif, Jadi Mangsa Keadaan' - 3 Pelakon Drama Gay Mohon Maaf

'Kami Naif, Jadi Mangsa Keadaan' - 3 Pelakon Drama Gay Mohon Maaf
Share

Tiga pelakon Stay Away From Me tampil di sidang media memohon maaf berikutan terpalit kontroversi drama gay yang disiarkan aplikasi sosial mencari jodoh mensasarkan golongan homoseksual.

"Saya tidak menyokong perbuatan yang tular itu. Sebagai artis baharu, ini kali pertama saya berdepan masalah ini," dakwanya.

Dalam sidang media di pejabat peguam, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak (HWAM) di Menara Datuk Onn, Jalan Tun Ismail petang semalam, Danish Iskandar, Rees Ayman dan Hardy Saiful mendakwa menjadi mangsa keadaan yang berlaku di luar kawalan dan berpunca daripada naif.

Baca Juga


"Apa yang terjadi atas khilaf dan kecuaian sendiri. Kami memohon maaf apa yang terjadi di luar kawalan hingga mencetuskan isu tidak terduga ini," kata Danish, 17, mewakili ketiga-tiga pelakon terbabit.

Katanya, kejadian itu menjadi pengajaran besar buat mereka dan akan berhati-hati meneliti kontrak ketika menerima tawaran berlakon kelak.

close
Sementara itu, peguam, Datuk Wan Azmir Wan Majid memaklumkan ketiga-tiga pelakon terbabit sudah melaporkan mengenai kejadian di Balai Polis Dang Wangi, pagi semalam.


Katanya, mereka bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat produksi berkenaan. 

Sumber - CARI

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel