JDT ditertawakan, TMJ tenang balas – “Saya masih ada wang, 18 piala..”

JDT ditertawakan, TMJ tenang balas – “Saya masih ada wang, 18 piala..”
Share
Kehangatan bagi meraikan kemenangan pasukan Kuala Lumpur City (KL City) yang menggenggam trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi masih dirasai sehingga kini.

Jika diperhatikan menerusi media sosial, segelintir warganet rancak melakukan ‘troll’ atau mengutuk terhadap pasukan JDT yang dimiliki oleh pemilik kelab iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi laporan Kosmo! Online, seorang pengguna laman Twitter @khairizulfadhli berjaya mencuri tumpuan TMJ selepas berkongsi ciapan mentertawakan kekalahan pasukan JDT.

Bagaimanapun, baginda sempat membalas ciapan pengguna tersebut dengan penuh ketenangan selain meluahkan rasa syukur memiliki kehidupan penuh bahagia bersama ahli keluarga.

“Encik, esok pagi saya masih Tunku Mahkota Johor, masih mempunyai wang, 18 piala dalam masa lapan tahun.

“Allah kurniakan saya dengan empat orang anak dan isteri, anda boleh ketawa hari ini/sementara tetapi saya ketawa pada hari-hari berikutnya. Saya bersyukur/diberkati,” tulis TMJ.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi berhubung isu tersebut serta pandangan terhadap kualiti bola sepak tempatan.

Terdahulu, skuad The City Boys di bawah bimbingan jurulatih Bojan Hodak melakar kemenangan 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil setelah menanti selama 32 tahun.
Sumber: Kosmo! Online , Twitter @khairizulfadhli
Kredit: ohmymedia

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel