Rakyat Malaysia Yang Nak Tunai Umrah Perlu Dapatkan Dos Penggalak – KJ

Rakyat Malaysia Yang Nak Tunai Umrah Perlu Dapatkan Dos Penggalak – KJ
Share

Mana-mana rakyat Malaysia yang ingin ke tanah suci perlu mendapatkan dos penggalak, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media KKM semalam.

Ini susulan dengan varian Omicron yang kini semakin menular di seluruh negara, jadi mereka harus kuarantin sendiri di rumah setelah pulang nanti.

Kata beliau banyak kes yang positif pada hari pertama dan disahkan negatif pada hari kelima. Jadi, penting untuk mereka yang baru tiba dari negara berisiko tinggi untuk melakukan ujian kendiri setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

Jelas beliau lagi, kes di negara Arab Saudi kini sedang meningkat, jadi jemaah umrah yang baru pulang ke Malaysia juga harus memakai satu peranti digital.

Baca Juga


Selain itu, beliau turut menasihatkan semua syarikat yang tawarkan pakej umrah mintak semua dapatkan booster shot

Malah, KKM juga mengesyorkan sela masa bagi vaksinasi dos penggalak boleh diberikan seawal 3 bulan selepas dos kedua untuk semua jenis.

Sumber: Lobak Merah

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel