Semalam Cakap Difitnah, Malam Terus Badrul Muhayat Pulangkan Anak-anak
Tuesday, December 28, 2021

Baru semalam Badrul Muhayat menafikan dirinya membawa lari dua anaknya dari rumah bekas isteri, Julia Daud, hari ini GEMPAK melaporkan dia sudah memulangkan dua anaknya itu.
Katanya kepada GEMPAK, dia sangat bersyukur apabila pelakon terbabit memulangkan Nur Delisha, 14, dan Badrul Hidayat, 11, lewat malam tadi di Balai Polis Muallim, Slim River, Perak.
"Syukur Alhamdulillah kedua-dua anak saya kini berada dengan saya. Malam tadi dia (Badrul) telah menghantar anak saya di balai polis Muallim selepas saya memberikan nombor telefon bekas suami saya kepada pegawai penyiasat.
"Keterangan sudah diambil daripadanya tapi saya tak tahu apa.
"Untuk langkah seterusnya saya sudah memaklumkan kepada peguam saya mengenai kehilangan anak-anak tempoh hari dan saya diminta membuka fail untuk hak penjagaan anak sementara dan kekal, namun proses itu akan bermula pada tahun depan," katanya kepada Gempak.
Tegasnya, memang patut dia membuat tuntutan hak penjagaan anak dengan segera agar perkara begini tidak berulang lagi.
Hero Melayu era 1990-an, Badrul Muhayat menafikan dakwaan bekas isterinya yang menuduh dia melarikan dua anak mereka.
Sehubungan itu, dia menegaskan bahawa semua dakwaan itu fitnah semata-mata.
Bekas isteri Badrul sebelum ini membuat hantaran di Facebook mendakwa semua pakaian anaknya serta buku sekolah tiada selain ada kesan umpil pada pintu rumahnya.
Malah, dia mendakwa melihat objek mencurigakan menyerupai sarung tangan plastik di atas rumput depan rumahnya.
Sumber: CARI