Selepas Pemuda India Cuci Masjid Akibat Banjir, Kini Pelajar UIA Pula Bantu Bersihkan Kuil

Selepas Pemuda India Cuci Masjid Akibat Banjir, Kini Pelajar UIA Pula Bantu Bersihkan Kuil
Share

Sebelum ini, telah tular satu video yang memaparkan sekumpulan sukarelawan pemuda berbangsa India membantu membersihkan masjid yang terjejas akib4t banjir di daerah Klang, Selangor sehingga meraih pujian ramai.

Terbaharu, sebuah lagi video telah menarik perhatian netizen apabila sekumpulan sukarelawan terdiri daripada pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) membersihkan sebuah kuil Hindu di Taman Klang Utama.

Bersama skuad sukarelawan Bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelajar UIA membersihkan Kuil Sri Maha Mariamman di Taman Klang Utama yang terjejas akib4t banjir.

Baca Juga

Video berdurasi 34 saat itu turut tular di aplikasi TikTok sehingga meraih sebanyak 483,000 tontonan selain lebih 5,000 komen netizen yang terharu melihat tindakan sukarelawan berbilang kaum saling menyumbang tenaga.

Penyelaras Parti Bangsa Malaysia (PBM) bagi Parlimen Klang, Nallan Dhanabalan telah memuat naik video tersebut di laman Facebook miliknya dengan menyifatkan masyarakat sedia berkhidmat tanpa mengira bangsa dan agama.

Sumber: Sinar Viral

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel