"Tak Payah Sibuk Nak Derma Mangsa Banjir. Dahlah Guna Duit Haram." - Baby Shima Dituduh Guna Duit Haram Hulur Bantuan

"Tak Payah Sibuk Nak Derma Mangsa Banjir. Dahlah Guna Duit Haram." - Baby Shima Dituduh Guna Duit Haram Hulur Bantuan
Share

Penyanyi kontroversi, Baby Shima baru-baru ini mengambil pendekatan sendiri apabila dia menjual baju terpakai miliknya di aplikasi TikTok bagi membantu mereka yang terjejas akibat bencana banjir.

Baby Shima menjual baju terpakai miliknya di TikTok sebagai inisiatif untuk membantu mereka yang terjejas akibat banjir.

Namun begitu, niat penyanyi itu disalah erti malah dicaci apabila dia menerima banyak komen-komen negatif daripada pengguna media sosial.

Baca Juga

Baby Shima yang dihubungi media kemudiannya memaklumkan bahawa dia berasa kesal kerana apa saja tindakan yang dilakukan seolah-olah tidak baik di mata netizen.

“Ramai mengambil kerja tuhan..apabila saya menari dikecam dimaki, bila saya ingin menolong mangsa banjir pun dikecam teruk, dimaki dan dihina.”

“Manusia ni bila kita tunjuk kita bantu orang, dituduh riyak. Malah, dihina lagi hanya kerana kekurangan diri kita. Bila kita bantu senyap-senyap kata tak turun padang.”

close
Kongsi Shima lagi, dia menerima komen kasar seperti gelaran betina dan dituduh menggunakan hasil wang haram untuk memberikan sumbangan.

Perkara tersebut turut berkongsikan beberapa tangkap layar yang menunjukkan komen netizen yang memberi respon terhadap niat murninya memberi bantuan untuk mangsa banjir.

"Jangan cari kesalahan orang lain, kesalahan kita sendiri pun banyak cuma kita kadang tak sedar,"katanya kepada gempak.

Terdahulu, Baby Shima telah berjaya mengumpul dana bernilai ribuan ringgit hasil penjualan baju terpakainya dan ia akan didermakan kepada mangsa banjir terutamanya peminat di Shah Alam dan Klang.

Sumber: CARI, Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel