Tak fikir bahaya! Siapa Pemandu Biar 3 Budak Keluar Separuh Badan Di Tingkap?
Monday, December 27, 2021

Kejadian itu dimuat naik seorang pengguna laman media sosial Facebook, Syafiq Yazid di dalam kumpulan DashCam Owners Malaysia.
Individu tersebut mengkritik perbuatan pemandu kenderaan tersebut selaku individu lebih dewasa dan matang yang membiarkan tiga kanak-kanak berkenaan melakukan aksi berbahaya.
“Ini sangat bahaya abang. Nyawa tak ada jual dekat pusat beli-belah,” tulisnya.
Rata-rata netizen turut sependapat dengan pemuda tersebut dan berharap ada tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa kerana tindakan membiarkan kanak-kanak melakukan aksi berbahaya itu bukan sahaja bakal mendatangkan kesan buruk kepada pelaku tetapi pengguna lain turut terkena tempias.
Sumber: Utusan