DS Rina Harun Viral Di Twitter Gara-gara ‘Bersihkan’ Sekolah, JKM Beri Penjelasan

DS Rina Harun Viral Di Twitter Gara-gara ‘Bersihkan’ Sekolah, JKM Beri Penjelasan
Share

Sejak semalam, berlegar di media sosial video yang memaparkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dilihat turun padang membersihkan kawasan yang terjejas dengan banjir.

Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah video tersebut yang memaparkan Rina menggunakan water jet atau penyembur air sedang membersihkan lantai yang tidak dicermari lumpur banjir.

Malah ramai juga di kalangan netizen mendakwa kawasan tersebut merupakan sebuah sekolah yang dijadikan pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir dan bukannya kawasan yang terjejas dengan bencana tersebut.

Baca Juga

Perkara ini telah menjadi perbualan netizen di Twitter sehingga nama beliau ‘Rina’ trending di platform tersebut.

Walau bagaimanapun, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Twitter memuat naik satu kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut selepas ia mendapat perhatian ramai.

Menurut kenyataan itu, JKM menjelaskan bahawa tujuan Rina ke Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi yang telah dijadikan PPS dari 18 hingga 23 Disember 2021 itu ialah untuk membersihkan kawasan sekolah dan menyusun atur meja serta kerusi di bilik darjah yang terlibat.

“JKM terpanggil untuk menjawab isu tular yang mendakwa YB Datuk Seri Rina hanya ‘berposing’ mencuci simen bersih di sekolah tersebut. 

close
“JKM selaku Jabatan yang menguruskan operasi ini telah memohon kesudian YB Datuk Seri Rina untuk mencuci kesan-kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan oleh pihak sekolah sukar untuk dicucikan sebelum ini. 

“Memandangkan peralatan waterjet sedia ada di lokasi pembersihan, YB Datuk Seri Rina tidak menolak pelawaan JKM…” tulis kenyataan tersebut.

JKM juga menegaskan penglibatan menteri juga bukan sekadar membersihkan simen namun beliau juga telah melakukan kerja pembersihan lain seperti susun atur logistik lain di sekolah berkenaan.

Oleh itu, pihak JKM berharap netizen tidak membuat tohmahan lagi serta mempelekeh penglibatan menteri di dalam operasi tersebut.

Sumber penulisan: Lobak Merah

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel