“Ada ‘Benda’ Yang Nak Menyelit Sekali” – Penonton Nampak Kelibat Misteri Dalam MV Baby Shima

“Ada ‘Benda’ Yang Nak Menyelit Sekali” – Penonton Nampak Kelibat Misteri Dalam MV Baby Shima
Share

Penyanyi sensasi, Baby Shima menjadi bualan netizen apabila video muzik (MV) lagu terbaharu Baby Shima berjudul Bak Zaman dikatakan terdapat penampakan kelibat misteri.

Ini selepas penonton mendakwa melihat kelibat misteri dan bayangan misteri dalam MV tersebut.

Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata, dia turut terkejut apabila dimaklumkan oleh peminat mengenai bayangan misteri yang dilihat dalam MV tersebut.

Baca Juga

“Saya pun terkejut bila tiba-tiba pengikut cakap nampak jelmaan dalam MV itu, terus jadi seram orang komen bercakap mengenai perkara itu.”

Difahamkan, penonton melihat jelmaan misteri seakan-akan bayangan seorang wanita dalam MV tersebut.

“Seram nampak macam bayang-bayang di dinding itu, tengok belah kanan sekali. Adakah itu jelmaan?” tulis seorang pengikut.

“Kenapa aku nampak bayangan dalam MV ni tapi korang kata tak ada? Serius seram masa tengok bahagian tu” tulis seorang lagi netizen.

Sumber: mStar
Kredit: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel