Jururawat Terkejut, Lelaki Lumpuh Dan Lupa Ingatan Kini Boleh Jalan
Wednesday, January 19, 2022
Masih ingatkah anda semua dengan wanita yang bernama Siti Rohayu? Mesti ramai yang teringat kembali kisah wanita ini yang cukup tabah menjaga suaminya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih kurang 5 tahun lalu.
Selepas insiden berkenaan, Muhammad Ridhwan Mohd Zaki sempat koma selama 90 hari dan hanya mampu terlantar akibat kecederaan yang serius di kepala yang turut menyebabkan dia hilang ingatan.
Setahun yang lalu, Siti Rohayu juga pernah menjadi bahan cacian daripada sesetengah netizen yang kononnya dia telah bertemu pasangan baru ketika suaminya sedang terlantar.
Walau bagaimanapun, Rohayu dengan sekeras-kerasnya menafikan Rohayu isu tersebut dan menyatakan ia adalah satu fitnah untuk memisahkan mereka suami isteri di saat sukar itu.
Tanggal 31 Disember (2021) yang lalu, Rohayu telah memuat naik satu posting baru di akaun Instagram sempena ulang tahun kelahirannya. Dia menyatakan rasa syukurnya ke hadrat Ilahi kerana telah meluaskan rezekinya dan berterima kasih kepada semua yang telah mendoakannya. Di dalam posting tersebut, kelihatan suaminya yang mampu berdiri dan semakin sihat.
"Sungguh saya tak sangka dia boleh sembuh sampai ke tahap ni…Saya salah seorang nurse jaga suami awak semasa di wad 2 Delima HUSM"
Baru-baru ini menerusi satu rakaman yang dimuat naik oleh Rohayu di TikTok, seorang jururawat yang pernah bertugas menjaga suaminya di HUSM Kubang Kerian mengakui terkejut dan bersyukur melihat kesihatan suaminya yang sudah beransur pulih.
Jururawat tersebut turut mengakui tidak menyangka Ridhwan boleh sembuh sampai ke tahap itu. Mana tidaknya, suami Rohayu kini kelihatan cukup aktif dan sudah mula boleh berjalan seperti sedia kala.
Dalam pada yang sama, ramai juga yang komen bahawa mereka sebak di saat mengenangkan pengorbanan dilalui Rohayu sewaktu menjaga suaminya.
Kredit: CARI (Cinta Erina)