DSV Nafi Sebut Gay, Tetapi Cakap ‘Okey’

DSV Nafi Sebut Gay, Tetapi Cakap ‘Okey’
Share

Sejak semalam tular video di aplikasi TikTok Datuk Seri Vida dimana memaparkan jutawan komestik menggelar penyanyi bersuara merdu iaitu Anuar Zain sebagai gay.

Tampil menafikan dakwaan kononnya dia melabel Anuar Zain seorang lelaki gay, Vida berkata terpulang kepada penerimaan netizen yang menonton video berkenaan.

Kata Vida lagi, dia tidak bermaksud untuk menyebut perkataan ‘gay’ sebaliknya dia menyebut ‘okay’ apabila diminta oleh netizen untuk mengorat penyanyi itu.

Baca Juga

“Saya sebut ‘okay’ bukan ‘gay’. Janganlah terasa mak-mak ayam di luar sana. Saya hanya bergurau dan tidak bermaksud apa-apa pun.


“Tapi saya faham apapun yang keluar dari bibir saya, orang tak percaya saya tentang isu ini. Saya memang akan kena kecam. Aduhai, pening saya memikirkannya.

“Mereka akan cakap saya dahaga perhatian dan sebagainya. Saya sendiri lupa bila punya siaran langsung (IGLive) yang orang tularkan. Dalam 12 Januari tempoh hari,” katanya.

Terdahulu, Vida dikecam teruk oleh netizen malah video tersebut turut mendapat perhatian kakak Anuar iaitu Ziana Zain yang menganggap Vida sangat biadap.

SUMBER:  KOSMO
close
Kredit: Beautifulnara

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel