Lelaki Mati Lepas Suntik Besar Punggung- Raja Ilya Geram Sebab Pernah Jadi Mangsa, "Memang B*bi!"
Wednesday, January 26, 2022

Berita ini membuatkan Raja Ilya tampil berkongsi kisahnya yang turut menjadi mangsa sampai terpaksa menanggung kesan sampingan yang teruk.
"Serius geram bila baca berita macam ni, banyak orang di luar sana yakin, berani nak mati buat prosedur rawatan estetik tanpa lesen dan sesetengahnya ambil lesen bawah meja (secara tidak sah).
"Memang b*** orang macam ni! Ini bukan kali pertama ada meninggal. Saya juga pernah jadi mangsa, terima kesan jangka panjang... perempuan yang menipu jadi doktor buat prosedur yang salah dan terus hilang.
"Ghaib entah ke mana! Seorang pelanggan VIP bergelar datin mati di bilik hotel sebabkan dia. Kejadian ini berlaku pada tahun 2006 hingga 2008," katanya menerusi laman Instagram.
Ilya menambah, rawatan doktor palsu ini sangat berbahaya kerana bahan yang digunakan tak disahkan oleh badan kesihatan.
"Ini satu penipuan terbesar! Mereka menggunakan bahan yang tak dibenarkan seperti minyak silikon dan banyak lagi. Mereka tiada kredibiliti sebagai pengamal perubatan estetik atau mereka tak ada kelayakan untuk buat pembedahan.
"Ini masanya untuk kita pandang serius isu ini kerana boleh memberi kesan sampingan seumur hidup, kecederaan dan kematian.
"Ini sesuatu yang memalukan. Saya merayu Jawatankuasa Amalan Perubatan Estetik Kebangsaan atau mana-mana jabatan lain yang berkaitan untuk mengambil tindakan dan menghentikan perbuatan ini.
"Saya tidak bercakap tentang mereka yang jual produk kecantikan dan memiliki klinik estetik yang berkelayakan kerana saya pun suka dan mereka banyak membantu saya contohnya pakar bedah plastik, Dr. Ali yang saya kenal sangat baik."
Sumber: CARI