Jasmine Suraya Potong Rambut Pendek, Imej Baru Dan Berbadan Gempal
Sunday, January 23, 2022
Aktres berbakat ini memuatnaik foto penampilan terbaru dirinya dengan potongan rambut pendek dan kelihatan tubuh badan yang agak berisi dari biasa.
Jasmine memaklumkan sebenarnya ini merupakan kali ke-100 dirinya memotong rambut demi menjayakan watak yang dibawa. Malah aktres ini juga mendedahkan bahawa ini juga kali pertama dirinya memotong rambut sependek itu.
Jasmine juga mengatakan selain perlu memotong rambut pendek, aktres berbakat ini perlu menaikkan berat badannya sebanyak 8 kilogram dan kini dirinya berjaya naikkan berat sehingga 5 kilogram.
“Saya tak aktif di media sosial kebelakangan ini kerana rasa lebih baik jauhkan diri seketika dan cuma memerhati.
“Nielah kali ke-100 saya potong rambut pendek, tapi nielah kali pertama saya potong rambut saya sependek ini– potongan lelaki atau potongan pixie” katanya.
“Untuk watak baru saya, Jasmine potong rambut dan saya kena naik berat 8kg. Setakat ni, saya berjaya naik 5kg dan saya dalam perjalanan mencapai target saya 8kg. Itu sebab badan nampak gempal sikit dalam gambar.”
Melihat penampilan terbaru aktres jelita ini di akaun Instagram membuatkan ramai rakan artis dan peminat terpegun, rata-rata ramai memberi pujian dan komen positif terhadap penampilan baru Jasmine di ruangan komen posting pelakon tersebut.
Sumber: MURAI