PM Ismail Sabri Jamin PKP Tak Dilaksanakan

PM Ismail Sabri Jamin PKP Tak Dilaksanakan
Share

Terbaharu, Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan dalam negara di masa akan datang.

Susulan itu, beliau memberi jaminan kepada orang ramai terutamanya umat Islam bahawa tiada sekatan perjalanan akan dibuat semasa hendak pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Memetik laporan dari pihak Kosmo, Ismail Sabri turut mengatakan spekulasi penutupan ekonomi menyebabkan rakyat tidak dapat pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini adalah tidak benar.

Tambahannya lagi, dia memberi jaminan agar umat Islam tidak perlu berasa bimbang kerana tiada lagi sekatan ekonomi atau sekatan perjalanan akan dilaksanakan.

Baca Juga

Dalam pada masa yang sama, beliau juga sempat mengulas jumlah kes COVID-19 yang merekodkan sebanyak 4,115 kes dan menurutnya, ia sememangnya membimbangkan dan perlu dibendung agar tidak jadi seperti negara luar dimana kes harian di luar kawalan.

SUMBER : Kosmo Online

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel