“Memang Sampah!” - Adibah Noor
Tuesday, January 4, 2022

Menyanyikan lagu Berdiri Bulu Romaku di pentas Gegar Vaganza 8, Adibah Noor menerusi Instagram mengakui nyanyiannya pada malam itu sangat teruk dengan pungutan markah keseluruhan dari juri sebanyak 56.70%.
Kata Adibah, dia layak menduduki tangga tiga terbawah berdasarkan persembahannya pada Ahad lalu.
Menyampaikan lagu berkenaan dengan suntikan elemen dikir barat, Hetty Koes Endang, juri GV8 juga penyanyi asal Berdiri Bulu Romaku, bagaimanapun berpendapat ia kurang menjadi apatah lagi naskhah itu sendiri sudah cukup kuat tanpa perlu diubah.
Menonton kembali rakaman persembahannya, Adibah berkata, interpretasi dan cara nyanyiannya pada malam itu jauh tersasar. Elemen dikir barat itu bukanlah penyebab yang menjejaskan nyanyiannya.
Perkongsian itu mendapat perhatian beberapa rakan artis yang memberikan kata-kata semangat kepadanya. Adibah berterima kasih dengan sokongan yang diberikan dan bersyukur kerana masih berpeluang menebus kesilapannya Ahad ini.
Untuk minggu kelapan, Adibah diberikan cabaran menyanyikan lagu Bollywood berjudul Dhoom Machale nyanyian Sunidhi Chauchan.
Sumber - CARI