Penari Lagu Iman Troye Dikecam Menari Pakai Baju Ketat Nampak Bentuk Badan

Penari Lagu Iman Troye Dikecam Menari Pakai Baju Ketat Nampak Bentuk Badan
Share
Tidak ada siapa-siapa yang tegur sebelum buat persembahan ke? Memalukan! Itulah apa yang dirasakan rakyat Malaysia terutama mereka yang beragama Islam bila menonton persembahan penyanyi, Iman Troye dalam separuh akhir Muzik Muzik 36.

Perkara memalukan ini tidak ditujukan kepada Iman Troye tetapi kepada 4 orang penari perempuan di belakangnya sewaktu persembahan. 

Kritikan ini diberikan selepas mereka dilihat memakai pakaian yang tidak sesuai dan boleh mencemarkan imej Islam terutama wanita berhijab.

Kecaman dari netizen boleh dilihat dalam posting yang dikongsikan di Instagram Hot FM. Lihat sahaja pakaian mereka yang agak ketat sehingga boleh menampakkan tubuh badan.
“Lebih baik pilih penari lelaki atau wanita tidak berhijab agar tidak mengaibkan imej wanita bertudung” – Netizen.
Kredit: Instagram Hotfm976

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel