Saintis Berjaya Gambarkan Wajah Mumia Lebih 2,500 Tahun!

Saintis Berjaya Gambarkan Wajah Mumia Lebih 2,500 Tahun!
Share

Syracuse, Itali ada sekumpulan saintis baru-baru ini berjaya menghasilkan gambaran bentuk muka mumia wanita yang meninggal dunia kira-kira lebih 2,500 tahun lalu di Mesir.

Gambaran wajah wanita mumia tersebut dikenali sebagai Shep-en-Isis, dihasilkan selepas pelbagai kerja penyelidikan dilakukan selama beberapa bulan hasil usaha di Pusat Penyelidikan untuk Biorkeologi, Paleopatologi dan Antroplogi Forensik di wilayah Syracuse.

Usaha mereka menghasilkan gambaran wajah manusia yang hidup pada abad ketujuh Sebelum Masihi di Mesir itu melibatkan Universiti Flinders di Australia dan pereka bentuk teknologi tiga dimensi (3D) dari Brazil iaitu Cicero Moraes.

Baca Juga

Menurut Sinar Harian, ketika melakukan kerja membina gambaran wajah mumia itu, giginya masih terpelihara dengan sempurna, begitu juga telinganya.

Mumia itu dijumpai pada 1819 di Deir el-Bahari iaitu sebuah kompleks kuil mayat dan makan terkenal yang terletak di tebing barat Sungail Nil di Mesir sebelum ia dibawa ke Switzerland pada 1820.

Shep-en-Isis ditemui di dalam makam keluarga yang berada di kawasan kuil mayat Firaun Hatshepsut di dalam kuil Deir-el-Bahari dan tulang-tulangnya disimpan di Perpustakaan Biara Sao Galo di bandar St Gallen, Switzerland. 

close
Sumber: CARI

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel