"Tubuh Ni Macam Apps Lama, Kena Update" - Yasmin Hani
Monday, January 24, 2022

Muat naik terkini pelakon dan pengacara berdarah kacukan Inggeris–Melayu, Yasmin Hani di Instagram menarik perhatian ramai.
Apatah lagi, perkongsian ibu kepada dua cahaya mata ini menunjukkan azamnya mahu menjadi lebih baik, sihat, kurus dan kuat.
Pelakon ini berkongsi beberapa foto dirinya melakukan senaman di gym, bersama kapsyen yang ringkas tapi padat dengan mesej itu mencuri perhatian warganet.
Yasmin mahu dirinya menjadi versi yang lebih baik dan bandingkan diri yang lama dengan yang baru, umpama mengemaskini aplikasi telefon pintar.
Perkongsian Yasmin meraih pelbagai respons daripada warganet yang kagum dengan penampilan terkininya itu.
Sumber: Murai