Sudahlah Tak Pakai Helmet, Bercumbuan Pula Atas Motor

Sudahlah Tak Pakai Helmet, Bercumbuan Pula Atas Motor
Share

Sebuah video tular di media sosial gara-gara seorang lelaki dirakam mencium teman wanitanya ketika mereka menaiki sebuah motosikal di jalan raya, lapor laman berita Detik.com.

Video itu dimuat naik ke akaun Instagram bernama @memomedsos. Kejadian itu dikatakan berlaku di daerah Bulukumba, dalam wilayah Sulawesi Selatan.

Berdasarkan rakaman, seorang penunggang lelaki dilihat menaiki motosikal dengan dibonceng oleh seorang wanita di belakangnya.

Baca Juga


Lelaki itu sesekali menoleh ke belakang untuk mencium wanita tersebut. Menurut Ketua Polis Trafik Bulukumba, AKP Andika, pihaknya sedang mengesan pasangan kekasih tersebut kerana didapati melakukan kesalahan.

Kesalahan paling utama adalah kerana mereka tidak memakai topi keledar, jelasnya.

Kesalahan berkenaan tindakan mencium ketika menunggang motosikal akan diserahkan kepada polis Bulukumba, tambah beliau. 
close

Mereka dilaporkan menyerah diri setelah video tersebut tular. 

Sumber: Kosmo, CARI

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel