Zarina Kongsi Kisah Rumah Tangga, Suami Hampir Ditembak Arwah Bapa Isteri Pertama

Zarina Kongsi Kisah Rumah Tangga, Suami Hampir Ditembak Arwah Bapa Isteri Pertama
Share

Aktres, Zarina Zainuddin menyifatkan suaminya, Datuk Seri Raihan Wan Jaafar seorang lelaki budiman kerana berani memperkenalkan pelakon itu dengan isteri pertamanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Zarina menerima lamaran suaminya tanpa melalui fasa bercinta.

Baca Juga

Pun begitu, suaminya tidak pernah mensia-siakan dirinya walau status Zarina hanyalah isteri kedua.

"Awal perkenalan dengan suami, saya sangat takut berkawan dengan lelaki kerana menganggap semua lelaki jahat dan suka mengambil kesempatan. Tidak ada yang jujur.

"Tetapi, suami jujur menceritakan kisah cintanya dengan isterinya. Suami kata bukan mudah untuk merebut hati isterinya hingga nyaris ditembak oleh arwah bapa isterinya tapi mereka akhirnya dapat berkahwin juga.

close
Sejak awal perkahwinan, jarang sekali pelakon itu membuka mulut bercerita mengenai suami mahupun madunya, Datin Seri Hashimah.
Dia enggan menjaja cerita rumahtangga kerana menghormati dan menjaga privasi dua insan istimewa itu. Sebagai isteri kedua, ada batas yang tidak boleh dilanggar demi mengekalkan keharmonian mereka sekeluarga.

Bagaimanapun, Zarina kini lebih terbuka berkongsi cerita dan gambar suami serta madunya di media sosial. Sesungguhnya, dia sangat berterima kasih atas penerimaan madu serta anak-anak tirinya.

Peminat Zarina yang juga seorang usahawan mendoakan agar keluarganya akan terus bahagia dan gembira.

Sumber: Forum Cari (tatod)

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel