“Tak Logik Kalau Saya Tinggalkan Anak Seorang Diri” – Fizo Omar
Tuesday, January 18, 2022
Sejak tengah hari tadi hangat diperkatakan mengenai dakwaan usahawan terkenal, Mawar Karim seolah mengatakan bekas suaminya, Fizo Omar mengabaikan anak mereka, Wan Maryam ketika bercuti di Johor baru-baru ini.
Menjawab tuduhan tersebut, Fizo berkata dakwaan tersebut tidak masuk akal seta memberitahu kesemua permainan itu direka untuk kanak-kanak dan tidak mungkin jika anaknya dibiarkan bersendirian.
“Saya bawa anak ke taman tema tersebut yang sememangnya tempat kanak-kanak dan logik ke kalau nak tinggalkan dia seorang diri?
“Kami pergi ke sana seramai tujuh orang dan masuk akal ke kalau dia dibiarkan seorang diri, manakala kami semua sibuk bermain?” katanya.
Kata Fizo lagi, dia tidak akan membalas sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas isterinya bagi mengelakkan salah faham serta tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Dalam pada itu, Fizo berkata dia tidak akan mengabaikan anaknya apatah lagi Maryam sememangnya rapat dengannya. Malah, anaknya itu juga sangat rapat dengan isteri, Fazeera.
“Sebagai bapa, saya tidak akan abaikan anak sendiri sedangkan Maryam sangat rapat dengan saya. Saya nak ke tandas pun dia nak ikut saya. Dia juga sangat rapat dengan isteri saya, Fazeera Nazri Aziz yang dipanggil sebagai ummi.
“Jadi benda ini pun memang tak maksud akal dan itu pandangan dia, apapun janganlah terus menghentam dia,” katanya.
Terdahulu, Mawar ada memuat naik perkongsian di Insta Story memberi bayangan percutian anaknya bersama Fizo tidak seindah seperti ditayang di media sosial.
Malah, Mawar turut kecewa apabila anaknya itu menyebut perkataan sad (sedih) selepas pulang bercuti dengan bapanya.
Menerusi Insta Story, Mawar tampil menjelaskan segala tuduhan berkenaan dimana dia pernah dinasihati supaya tidak sering berkongsikan foto anaknya kerana bimbang ada pihak yang iri hati.
“Bagi saya masa dengan Maryam amat privacy juga perlu jaga kaualiti. Saya jarang share cerita pasal Maryam kerana saya pernah ditegur oleh seorang hamba Allah, jangan selalu kongsi gambar atau aktiviti anak takut banyak penyakit Ain dan hasad,” katanya.
“Bila saya tunjuk gambar Maryam sorang-sorang disitu mesti menjadi tanda tanya. Yang menghairankan saya juga apabila Maryam sendiri cakap dengan saya, ‘mummy, Maryam merajuk sikit’.
“Mungkin bagi anda perkara ini sangat remeh. Tapi bagi saya tidak. Mungkin juga awak tidak rasa, lalui perkara yang saya sedang hadapi. Hanya melihat dari jauh,” katanya.
“Maryam cari daddy..panggil daddy. Maryam sad,” kata Maryam.
Sumber: Kosmo, Rotikaya