Diminta Buat Ujian DNA, Ryzal Ibrahim Nak Saman Netizen?

Diminta Buat Ujian DNA, Ryzal Ibrahim Nak Saman Netizen?
Share

Baru-baru ini perkongsian personaliti media sosial Ryzal Ibrahim menjadi perhatian ramai apabila seorang netizen memintanya untuk membuat ujian DNA terhadap anak perempuannya Rina.

Berkongsikan komen netizen itu di Insta Story, individu tersebut mengatakan wajah bayi berusia tiga bulan itu langsung tidak sama dengannya.

Tidak hanya berdiam diri, Ryzal berkata dia mungkin akan mengambil tindakan undang-undang memandangkan mungkin kurang berkesan jika perkara itu dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Baca Juga

“Nak kira macam mana ya? Kalau lapor SKMM tak berkesan, kita hantar surat cinta peguam,” tulisnya.

Sementara itu, dalam satu lagi perkongsian Ryzal menyifatkan kenyataan tersebut adalah fitnah dan memaklumkan berjaya menjejaki lokasi individu berkenaan.

close
“Dia fitnah anak saya perlu buat DNA atau dalam erti kata lain, anak orang lain bukan anak saya. Tak perlu sembunyi nama, kami dapat URL profile sudah cukup untuk jejak lokasi,” tulisnya.

Terdahulu, Ryzal telah mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita warga Korea Selatan yang dikenali sebagai Maryam pada 15 Ogos 2019 yang lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia tiga bulan.


Sumber: Rotikaya

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel