Netizen Sakit Hati Cara Peminta Sedekah Tak Berganjak Sehingga Dapat Wang
Thursday, February 17, 2022
Satu video tular di video sosial TikTok yang menunjukkan seorang peminta sedekah yang tidak mahu berganjak sehingga dapat duit daripada pelanggan yang sedang makan, dalam video tersebut pegemis itu dilihat menepuk bahu pelanggan sehinggakan pelanggan itu berasa tidak selesa.
Petikan dari Beautifulnara, pelanggan itu terpaksa keluar kedai makan itu apabila mereka kerap diganggu oleh peminta sedekah berkenaan.
Kejadian itu dirakam pelanggan lain yang berada di kedai makan terbabit dan mendapat perhatian pengguna TikTok.
@qhurbi repost dari fb, sc dan penjelasan tertera #fypシ #fypp #BAGIHOKI ♬ suara asli - Muslim_Milenial331
Ramai yang bersetuju dengan kata-kata perakam video tersebut bahawa mereka tidak perlu beri duit kepada orang yang sihat tubuh badan kerana takut mereka akan terbiasa memperoleh sesuatu tanpa usaha dan berharap pihak kedai makan cuba mengelak perkara ini dari berulang.