Ali Puteh Kalah Saman Gitnah, Diperintah Bayar RM60,000 Kepada Balu Abam, Nor Hidayah
Thursday, February 17, 2022

Difahamkan, keputusan tersebut dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada pagi Jumaat hari ini.
Oleh kerana gagal memenangi kes saman fitnah terbabit, Ali Puteh diperintahkan oleh pihak mahkamah untuk membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.
Menurut peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Nor Hidayah, pada prosiding itu juga hakim membuat keputusan menolak tuntutan yang dibuat keluarga Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan dengan kos.
“Manakala tuntutan kami (Nor Hidayah) terhadap Ali Puteh dibenarkan dengan kos.
“Kami percaya keputusan ini membersihkan segala kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anak guam kami.
Dalam pada itu beliau turut berkata keputusan hakim ini dipercayai untuk membersihkan semula nama Nor Hidayah dan mahkamah turut menjelaskan bahawa pihak yang teraniaya dalam hal ini adalah Nor Hidayah bukan Ali Puteh.
Sumber: mStar