4 Tahun Derita Sumbat Gelas Kaca Kerana Kepuasan Seksual

4 Tahun Derita Sumbat Gelas Kaca Kerana Kepuasan Seksual
Share

Wanita Tunisia menanggung kesakitan apabila gelas kaca disumbat ke dalam pundi kencingnya tersekat selama empat tahun.


Daily Mail melaporkan, wanita terbabit berbuat demikian untuk kepuasan seksual.


Baca Juga

Difahamkan, wanita berusia 45 tahun itu pergi ke hospital dan mengadu mengalami gejala berterusan dengan jangkitan saluran kencing termasuk sentiasa perlu membuang air kecil.


Imbasan sinar-X yang dilakukan mendapati batu karang gergasi selebar lapan sentimeter (sm) yang mengelilingi satu gelas minuman di dalam pundi kencingnya.


close
Ekoran itu, dia mengaku menggunakan gelas tersebut sebagai alat untuk kepuasan seksual ketika berusia awal 40-an.


Pakar perubatan yang memeriksanya di Hospital Universiti Habib Bourguiba berkata, selain tidak mengalami gejala kencing tidak terkawal, tiada darah di dalam air kencing wanita itu.


Tetapi batu karang yang menyakitkan boleh tumbuh di sekeliling objek asing di dalam pundi kencingnya, demikian menurut kes diterbitkan jurnal Urology Case Reports.



Pakar perubatan kemudian menjalankan cystolithotomy iaitu sejenis pembedahan terbuka yang digunakan untuk membuang batu karang.


Wanita itu dibenarkan pulang dua hari kemudian dan pulih sepenuhnya.


Doktor-doktor berkata, tindakan memasukkan bendasing ke dalam uretra selalunya dilakukan oleh mereka yang mengalami gangguan mental atau untuk tujuan berseronok.


Sumber: Kosmo

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel