Menipu Duit Orang, Polis Sita Aset Milik Influencer Media Sosial RM18.7 Juta

Menipu Duit Orang, Polis Sita Aset Milik Influencer Media Sosial RM18.7 Juta
Share

Jakarta: Badan Siasatan Jenayah Polis Indonesia menyita aset seorang lagi pempengaruh media sosial, Doni Muhammad Taufik bernilai 64 bilion rupiah (RM18.7 juta)  kerana terlibat dalam penipuan skim pelaburan Quotex. 


Lapor Tribunnews, Pengarah Siber badan itu, Asep Edi Suheri berkata, nilai itu melibatkan rampasan sebanyak 97 aset dan barang berharga milik suspek yang dikenali sebagai Doni Salmanan.

Baca Juga


Jelasnya, rampasan itu melibatkan wang tunai 3.3 bilion rupiah (RM968,000), dua rumah di wilayah Candra Asih, Kota Baru Parahyangan dan Soreang Banjaran, Bandung. 


“Ada dua bidang tanah yang masing-masing mempunyai keluasan pertama 0.05 hektar di Candra Asih, manakala, tanah seluas 0.04 hektar di Soreang Banjaran.

close

“Pihak polis juga merampas 18 unit kenderaan motosikal pelbagai jenama dan warna seperti Ducati, Kawasaki, Honda dan Yamaha,” katanya. 

Menurut Asep, pihak polis menyita enam kenderaan seperti Lamborghini, Porsche, BMW, Toyota Fortuner dan Honda CRV. 


“Selain itu, kita juga menyekat empat akaun emel dan media sosial yang menggunakan Youtube King Salman dan pelaburan berkaitan Qoutex. 


“Kita juga menyita 27 dokumen seperti sijil hak milik, buku simpanan bank, kad debit ATM. Turut dirampas adalah 20 alat elektronik seperti telefon bimbit, kad sim, komputer riba dan IPAD,” katanya. 


Asep berkata, sebanyak 22 jenis pakaian dari pelbagai jenama mewah seperti Hermes, Dior dan Canali turut dirampas. 


Doni Salmanan membuat permohonan maaf selepas dirinya didakwa sebagai suspek utama kes penipuan pelaburan semasa sidang akhbar di Jakarta Selatan. 


“Hari ini saya ingin meminta maaf kepada seluruh rakyat Indonesia yang pernah terlibat dengan pelaburan binomo option, forex, matawang kripto dan sebagainya. 


“Saya harap masyarakat dapat memaafkan semua kesalahan saya,” katanya. 


Sumber: Cari

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel