Power Intan Najuwa! Dapat A Subjek Criminal Law & Contract Law

Power Intan Najuwa! Dapat A Subjek Criminal Law & Contract Law
Share

Pelakon Intan Najuwa teruja berkongsi kejayaannya melakar keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir semesta baru-baru ini.


Berkongsi di TikTok, Intan memaklumkan dia memperoleh A bagi dua subjek perundangan Undang-undang Jenayah dan Undang-undang kontrak.


Berbaloi keputusan diperolehnya hasil susah payah mentelaah dan mengambil peperiksaan walaupun  ketika bercuti di London, baru-baru ini.

Ramai turut berkongsi gembira dengan kejayaan Intan itu dan membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah.


Perkongsian Intan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kagum dengan pelakon itu serta tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah di atas kejayaannya itu.


Malah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana Intan boleh menguruskan waktu untuk belajar dalam masa sama berlakon serta menguruskan perniagaan.


Disember lalu, Intan mendedahkan dia menyambung pengajian di peringkat asasi dalam jurusan undang-undang di kolej BAC, Singapura.


Tahniah Intan! Sudahlah cantik dan berbakat dalam bidang lakonan. Bijak dalam bidang perundangan pula tu! 

Sumber artikel: CARI 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

close

Iklan Bawah Artikel