"Rezeki Viral"- Bienda Bersyukur Bisnes Laku Keras
Sunday, March 13, 2022

Beberapa minggu lalu, viral video seorang wanita muslimah cantik menjual pau di TikTok. Rupa-rupanya, wanita itu ialah pelakon Bienda. Selepas viral, perniagaan PapaPau Bienda dan suaminya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Baru-baru ini, Bienda berkongsi rasa syukurnya menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.
Menurut Bieda, dia berasa sangat syukur atas rezeki yang Allah S.W.T berikan kepadanya apabila perniagaan PapaPau yang dimiliki Bienda dan suaminya viral.
Menerusi kapsyen yang ditulis Bienda, selain mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang menyokong perniagaannya, Bienda juga turut memaklumkan bahawa dia mula menjual pau frozen di atas permintaan ramai pelanggannya.
Meninjau ke ruangan komen, kelihatan begitu ramai netizen membanjiri ruangan komen dengan memberi komen positif mengenai perniagaan PapaPau tersebut.
Mereka turut mendoakan supaya perniagaan Bienda akan terus maju.
Sumber: CARI