4 Tahun Mencuba, Akhirnya Mona Allen Hamil Lepas Minum Air Kelapa Bakar Ustaz
Monday, May 16, 2022

Empat tahun kahwin, Pekin dan Mona Allen bakal menimang cahaya mata pertama.
Usia kandungan Mona dah mencecah enam bulan dan sebelum ini dia bertindak merahsiakannya kerana belum tiba masa sesuai.
"Alhamdulillah... kandungan dah masuk enam bulan. Sebenarnya kami bukanlah sorok atau merahsiakan kehamilan. Tapi sekadar tak umum saja.
"Ikutkan ada saja video atau gambar yang memperlihatkan ‘baby bump’. Cuma kami memilih untuk umum selepas kandungan dah kuat dalam enam atau tujuh bulan.
"Rancang nak umum masa kandungan cecah tujuh bulan tapi sebabkan ramai yang dah bertanya sebab dah viral, jadi kami umum saja," katanya kepada mStar Online.
Kata Mona sebelum ini dia dan Pekin dah melakukan pelbagai rawatan untuk cuba hamil.
"Sebenarnya saya dan suami ada berubat dengan seorang ustaz menggunakan kaedah perubatan Islam untuk ikhtiar hamil.
"Kebetulan ada shooting di Melaka, kawan pun beri cadangan untuk jumpa ustaz di sana. Alhamdulillah, dalam ikhtiar untuk dapatkan anak saya hamil selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa.
"Sebelum ini, kami ada juga buat pemeriksaan doktor dan doktor beritahu saya dan suami tiada masalah kesihatan lain. Itu yang ambil keputusan untuk cuba perubatan Islam pula."
"Saya tak ada alami alahan sepanjang hamil ini tapi Pekin pula kena tempias alahan. Masa bulan pertama itu, dia mual, muntah dan mengidam macam-macam.
"Sekarang pun, ada masa dia rasa mual-mual juga. Tapi tak selalu. Saya ada baca dekat online, katanya kalau lelaki yang kena alahan maksudnya dia suami penyayang."
Mona dan Pekin berkahwin pada 7 Disember 2018.
Sumber: Forum CARI